Nuffnang Ads

Selasa, 1 Februari 2011

Kesah Harith lagi.....

Mesti korang garu2 kepalakan......(bukan korang ada kutu ke? ......jgn mareee) kenapa la asyik buat entry pasal Harith je.....

Kita pun baru perasan yang kita banyak idea nak buat entry tentang dia....Apa-apa pun kalau kita ada idea nanti kita buat entry banyak2 pasal Adriana ye....puas hati?

Kali ni kita nak citer sikit pasal anak bujang kita ni. Seawal umur 2 tahun dia dah kena asthma. tahun pertama dan kedua dia kena asthma tu kami asyik keluar masuk hospital je...Penat jangan citer la....rasa-rasanya 2 kali dia masuk hospital masa bulan puasa.

Follow up kat hospital pulak (Klinik Pakar Kanak-kanak, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban). Mula2 tu setiap bulan, kemudian setiap 2 bulan, 3 bulan dan sekarang ni setiap 4 bulan. Dulu doktor pernah kata yang asthma dia ni mungkin akan hilang bila dia sekolah. 

Tapi setakat hari ni asthma dia masih tak hilang lagi. Semenjak masuk sekolah ni asthma dia makin teruk. Apa yang kita perasan, asthma dia datang bila dia terlalu penat, demam dan batuk. Setakat ni dia ada gunakan 2 jenis inhaler.

Asthalin
Asthalin ni digunakan bila dia tengah kena attack asthma .


Beclazone
Beclazone ni pulak digunakan 2 kali sehari (pagi dan malam).


Chamber
Chamber ni digunakan bersama inhaler supaya mudah wap disedut masuk ke paru-paru. Budak2 mana la reti nak sedut wap tu direct dari inhaler tu kan.

Selain inhaler tu, kita juga bagi Harith makan madu setiap hari. Kalau korang tahu ada cara lain yang boleh kurangkan asthma boleh la share dengan kita. Kita juga jaga pemakanan Harith, tak boleh makan atau minum benda2 yang sejuk, buah tembikai dan lain2 lagi.

Tiada ulasan: