Nuffnang Ads

Isnin, 28 Februari 2011

Harith semput lagi

Tahun ni dah berapa kali ntah Harith kena attack asthma. Tapi memang banyak kali la.....

Balik dari tengok baby baru hari Sabtu tu Harith dah mula batuk2 dan demam. Maka jadinya malam tu kita kena tidur dengan dia untuk pantau suhu badan dan batuknya.

Semalam dia masih tak sihat lagi. Jadi kami laki bini ambik keputusan bawak dia jumpa doktor sebab kalau boleh kami tak nak la ambik cuti lagi dan tak nak la dia tak pergi sekolah. Lagipun esok dia ada exam.

Pukul 8 pagi Sayang dah pergi klinik, daftar nama. Kat klinik ni orang memang ramai, kalau main terjah je silap2 kaunter perdaftaran dah tutup. Walaupun Sayang g daftar pukul 8 pagi, tapi kami dapat nombor yg ke 23.

Pukul 10.30 pagi baru kami sekeluarga pergi ke klinik tu. Malas nak pergi awal2, penat nak menunggu.

Kami pergi Klinik Pakar Bayi & Kanak-kanak Dr. Bee kat Seremban sana. Setakat ni Harith & Adriana sesuai dengan doktor tu.

Muka Harith yang macam orang tak sakit

Tengah ambil nebulizer


Inilah kliniknya
Harith boleh sound kita lagi masa kita ambil gambar klinik ni. "Ibu ni macam pelancong la, semua benda nak ambik gambar". Dia pun perasan sekarang ni kita kemaruk ambik gambar segala benda.

Jangan tak caya.......Kami selesai urusan di klinik tu pukul 12 tgh. Keluar dari klinik tu punyalah dahaga, ternampak pulak cendol Hj Shariff kot, terus singgah kejap pekena cendol. Ko......tak ingat pulak yg anak kita tengah semput, selera mak bapak punya pasal, belasah je cendol tu....


Tiada ulasan: