Nuffnang Ads

Jumaat, 4 Februari 2011

Penghargaan buat mak & abah

Tetiba teringat pulak kat mak & abah. Saje buat entry untuk mereka bagi menghargai mereka. Syahdu pulak rasanya bila citer pasal mak & abah ni......

Bukan bila dah bagi duit kat mak & abah, tanggungjawab kita dah lepas. Kalau boleh kita haruslah membahagiakan mereka. Kalau kita buat benda atau perkara yang mereka suka, besar pahalanya.......ceeeewah....ada gaya penceramah agama tak.....?

Antara perkara-perkara yang kami adik beradik buat untuk menggembirakan mereka adalah sambutan harijadi, bawak pergi bercuti, selalu balik kampung melawat mereka dan lain-lain lagi.

Birthday abah tahun lepas. Harith pulak yang terlebih excited.


Kalau tak silap ni masa birthday mak 2 tahun lepas


Selagi mak & abah kita ada, hargai dan raikanlah mereka........


Tiada ulasan: