Nampak gayanya plan kita nak pergi bercuti sempena cuti sekolah bulan 3 ni mungkin tak tercapai.
Waaaaa.....sedih dan bengang....
Mana tidaknya, kita dah plan nak pergi Pulau Pangkor (Teluk Dalam Beach Resort) tahun lepas lagi guna kemudahan percutian opis kita (MPOB). Tapi tahun lepas dia orang kiv dulu tempat tu. Jadinya tahun ni bila kata dah boleh apply, kita apply la tempat tu. Prosedur nya kalau nak guna kemudahan percutian tu kena apply 2 bulan sebelum tarikh kita nak pergi. So, bulan Januari kita dah hantar borang. Tup tup....semalam bila kita call nak confirm, kerani tu kata ada masalah agreement pulak dengan tempat tu......hangin satu badan. Nape la ko tak bagi tahu awal-awal?
Takpe, kita masih sabar lagi....kita pun suruh dia tukar tempat. Kita nak pergi Melaka kalau tak dapat Pangkor tu. Memang dah isi dalam borang dan bagitahu kerani tu pun masa hantar borang tu bulan Januari ari tu, kalau tak dapat pergi Pangkor nak pergi Melaka.
Boleh pulak dia cakap kena isi borang baru!!!!! Ikutkan je la kan......Sebab kesiankan anak2 takut cuti nanti tak pergi mana-mana.
Lepas 2 jam hantar borang, dia kata hotel penuh dan suruh kita pilih tarikh yang bukan cuti sekolah......Apa punya orang la buat kerja macam ni.....menyusahkan orang lain betul la....
2 ulasan:
bila dah plan elok2, mcm tu pulak jadinya.. sabar je la kak..
tengah sabar la ni sue....tgh buat plan lain pulak ni, walaupun masa dan suntuk.....nak booking hotel memang harapan tipis la nak dapat....
Catat Ulasan