Nuffnang Ads

Isnin, 23 Mei 2011

Banyak giler....

Huhhhh.......petang-petang ni mengeluh pulak.....tak baik tau, nanti cepat tua, rezeki pun tak masuk.....(betul ke?) betul la tu agaknye........

Kita nak tanya ni, bila masa korang iron baju? Korang iron tiap-tiap hari atau iron untuk stok seminggu terus? Kita selalunya iron bila cuti jer, masa tu boleh iron utuk stok seminggu terus. Kalau nak iron time hari kerja ni macam tak larat jer. . Boleh pengsan dibuatnya.

Kat bawah ni adalah antara baju yang telah kita iron (stok seminggu). Baju Sayang dah iron, tapi kat bilik lain. Tak muat tempat penyidai sebab terlalu banyak baju yang nak di iron.


Sejak anak-anak dah sekolah ni bertambah banyak la stok baju yang kita kena iron. Tu baru anak dua, kalau anak 4-5 orang mau termuntah-muntak agaknya nak iron baju......

Kita bukannya merungut, tapi saje nak citer jer....Banyak betul kerja orang perempuan ni kan?

Tiada ulasan: