Pagi tadi kat opis kita ada forum tentang "Keberkatan Berzakat". Kita memang dah plan nak pergi dengar forum tu.
Sebenarnya sejak beberapa bulan ni timbul la keinsafan untuk kita berzakat (zakat pendapatan). Sebelum-sebelum ni macam abaikan jer tentang zakat ni. Bukannya tak tahu pasal hukum, cuma tak ambil berat jer.
Bila dah ada keinsafan untuk bayar zakat, masalah nak pergi ke pejabat zakat tu pulak jadi alasannya. Alhamdulillah, hari ni Allah permudahkan urusan kita untuk membayar zakat dengan adanya forum zakat kat opis kita.
Selepas forum tu pihak Lembaga Zakat Selangor ada bukak kaunter untuk sesiapa yang masih belum buat potongan gaji bagi pembayaran zakat. Kita pun isi la borang untuk buat pembayaran zakat secara potongan gaji.
Kita saja la nak share dengan kawan-kawan tentang berzakat ni. Harap-harap kawan-kawan pun (yang masih belum mengeluarkan zakat pendapatan) marilah kita bersama-sama mengeluarkan zakat. Semoga rezeki kita dirahmati Allah, Insya Allah. JOM kita berzakat..........
Bagi yang telah mengeluarkan zakat, tahniah dari saya di atas kesedaran kawan-kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan