Nuffnang Ads

Isnin, 30 Mei 2011

Kejutan yang telah dijangka

Korang tahu kan yang kita celebrate birthday sehari lewat. Ye la...kan ke kita berkursus masa tu.

Sayang memang dah janji nak celebrate birthday kita hari Jumaat tu. Kita pun macam biasa la, tunggu penuh kesabaran....ceeeewaaaahhhhh......(sabar ke?)

Balik je dari kerja, Sayang borak-borak dengan kita......(Kita ofcoz la dah ada kat rumah sebab kursus tu abis tengahari, Sayang la yang baru balik dari kerja.)

After borak-borak tu kita tunjukkan gambar kursus pada anak-anak. Masa kita sibuk-sibuk tunjuk gambar sepanjang kursus kat anak-anak kat dalam bilik, Sayang keluar pergi ke kereta. Masa tu dah dapat agak dah mesti ada something yang Sayang sorokkan.

Masa keluar bilik Sayang panggil kita duduk sebelah dia. Adriana nak menyelit duduk sebelah kita pun Sayang tak bagi. Masa tu lagi la kuat andaian kita. Tangan Sayang pulak asyik pegang kearah belakang kerusi.

Sah.......kita dapat benda ni dari Sayang.....Taaaraaaa........

Kali ke 2 dapat bunga dari Sayang sepanjang kita kenal dia.


Lepas dapat bunga dan kissing-kissing tu, malamnya pulak kami keluar makan.

Tak sempat nak ambik gambar semasa makanan tu baru dihidangkan sebab terlampau lapar. Dah habis makan baru ingat nak ambik gambar dan inilah hasilnya. Hahaha.....licin kooooo.....lapar giler ni.....


Balik dari makan tu baru la acara potong kek. Walaupun kebiasaannya kek tu tak habis dimakan, tetapi mesti nak beli jugak sebiji kek walaupun kecik. Anak-anak seronok bila acara potong kek tu. Apa yang penting satu keluarga gembira........


"Terima kasih Sayang sebab celebrate birthday kita dan bersusah payah belikan bunga tu......Walaupun kita kuat merajuk, Sayang tetap bersusah payah untuk menggembirakan kita. Mintak maaf bebanyak kalau kita menyusahkan Sayang....Marah atau merajuk pun kita tetap Sayangkan Sayang di dunia dan akhirat, Insya Allah".

Hadiah belum dapat lagi.......(apa motif?)

Tiada ulasan: