Nuffnang Ads

Jumaat, 6 Mei 2011

Dah syok pulak.....

Hari ni dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Dah hampir 3 minggu kita mc dan dah selesa sesangat duduk kat rumah. Tak payah nak stress drive pergi kerja, tak dengar bebelan bos dan seangkatan dengannya yang nak itu nak ini, semua kerja dikatakan urgent.....Rimas uuuu.......

Duduk rumah boleh baring-baring baca majalah, kalau dah penat boleh golek-golek tengok tv dan kalau dah bosan tengok tv bolehlah sambung tidur semula.....hahaha.....bajet isteri orang kaya tak payah nak kerja....(menternak badan saja). Ko ingat ko tu siapa???? Siapa nak bayar loan kereta, rumah, belanja dapur, sekolah anak, perfume, baju ect ect.....Ko ingat laki ko gajinya 5 angka?

Nasib baik tak berangan nak pergi spa, buat rambut, facial, makan kat hotel mewah ect ect......Jangan nak over ye.....lelebih pulak.....

Minggu depan kalau takde apa-apa hal, kita dah boleh kerja. Kalau ikutkan hari Selasa 2.5.2011 kita dah boleh kerja, tapi bila buat follow up, dr. sambung lagi mc kita. Ok la tu, dapat rehat lama sikit.....jangan jeles....hahaha.....(gelak jahat)....

Ok ok....kita tak la seteruk tu.....kita sayangkan kerja kita. Itu la punca rezeki keluarga kita. Tak baik tau korang buruk sangka dengan kita.....Rindu jugak pada kerja bila dah lama bercuti ni.....Cuma bila dah lama sangat duduk kat rumah ni rasa malas sikit nak mulakan rutin baru (sebenarnya malas nak drive, kalau ada driver kan best). Sayang, dengarlah luahan hati isterimu ini......

Agak-agak Sayang kita tersentuh tak baca ayat kita tu?

Tiada ulasan: