Nuffnang Ads

Isnin, 9 Mei 2011

Ibu dan ayah yang berdebar lelebih....

Hari ni anak-anak kita ada exam untuk pertengahan tahun. Masa anak-anak kita Tadika dulu tak la cemas sangat macam ni.

Bukan apa, kita tak nak la anak kita kena tukar kelas ke kelas yang lebih teruk. Lagipun mereka ni selalu buat kesalahan disebabkan kecuaian mereka. Bukannya mereka tak tahu nak buat benda tu.

Hari Jumaat hari tu kami bertungkus lumus scan kertas exam yang lepas dan edit semula untuk latihan mereka. Tak nak la mereka buat kesalahan yang sama.

Hari Sabtu tu kami suruh mereka jawab paper BM dulu. Hari Ahad pulak paper Pendidikan Islam dan latihan-latihan yang seangkatan dengannya.


Ketika sesi edit mengedit. Mengalahkan orang nak ambik SPM bersepahnya...

Antara kertas soalan yang diedit
Harap anak-anak kita dapat menjawab soalan exam dengan tenang seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang...Amin....

Tiada ulasan: