Nuffnang Ads

Isnin, 23 Mei 2011

Sape orang Kuala Pilah?

Ni kita nak tanya siapa orang Kuala Pilah? Kalau korang orang Kuala Pilah, mesti korang tahu tempat yang kita nak citer ni.

Kitakan kalau balik kampung (kampung kita kat Kuala Pilah la......) mesti nak pergi kedai ni. Kalau balik kampung tak singgah sini macam tak puas jer.

Sejak kecik kita memang selalu pergi kedai ni. Nak tahu kedai apa? Jeng...jeng...jeng.... Ha....kedai cendol dan rojak......

Kedai cendol ni ada 2 tempat, satu kat stesyen bas dan satu lagi kat area pasar. Kedai rojak ada satu jer, kat pasar jugak, sebelah kedai cendol tu. Maksud kita kedai cendol dan rojak ni yang glemer kat Pilah ni la.....

Mungkin ada kedai cendol dan rojak yang lain tapi tak sama macam kedai yang kita citerkan ni. Kedai ni dari mak kita kecik lagi dah wujud tau (yang kat pasar tu).

Ni kedai yang dekat stesyen bas (branch dia)

Sedap tau cendol dia. Ni cendol kacang merah.
Gambar kedai rojak takde sebab masa balik kampung minggu lepas tak sempat nak singgah. Kalau kita singgah nanti kita update ye. Sedap betul nampak cendol tu tengah-tengah panas ni....

Sape-sape orang Pilah kalau tak tahu kedai ni memang la........

Tiada ulasan: