Benci betul kita.....Bukannya benci kat korang, tapi benci sebab kena pergi kursus......Sebenarnya tak la benci pergi kursus tapi.......
Apa ko merepek ni Hilda kejap benci kejap tak benci....dah tu banyak pulak tapinya......
Macam ni....Semalam kita dapat surat yang mengatakan bahawa kita kena menghadiri kursus pada 25-27 Mei ni kat Ancasa Allsuites Resort & Spa, Port Dickson. Kita tak boleh nak menolak sebab senarai nama yang kena pergi kursus tu adalah dari arahan Pengarah Bahagian.
Perkara yang buat kita benci tu adalah kursus tu kita dah hadiri tahun lepas, kenapa tahun ni nama kita naik pulak lagi untuk pergi kursus yang sama? Kalau kursus yang kita tak pernah pergi tu ok la lagi......
Lagi satu yang kita benci sesangat tu adalah kerana tarikh kursus adalah ketika birthday kita....Aii tak suka u......Takde la surprise party dari Sayang dan anak-anak..... (ada ke surprise party kalau tak pergi kursus????)
Tak kesah la ada surprise party atau tak, yang penting kalau boleh masa birthday kita tu kita nak bersama Sayang dan anak-anak.....mana la tahu tahun ni dapat jambangan bunga yang lagi besar dari tahun lepas.....hahaha berangan tak hengattttt.....
1 ulasan:
ok la tu.. tmpt cantik tu....
Catat Ulasan