Kes 1
Minggu lepas kan Harith ada exam....So, setiap hari kita dan Sayang akan tanya macam mana dengan exam dia (boleh buat tak, senang ke soalan dia, check semula tak lepas dah habis jawab dan macam-macam soalan lagi la).
Ada satu malam tu, seperti biasa kita akan masuk bilik dia dulu sebelum tidur. Sambil peluk-peluk dia dan suruh dia baca doa tido dia boleh cakap macam ni dengan kita " ibu, abang rasakan abang dapat markah 100% la".
Confident betul dia cakap.......Kita : "mana abang tahu abang dapat markah 100%?". Harith : "ye la....kan tiap-tiap hari abang buat latihan yang ibu dan ayah bagi tu".
Tinggi betul keyakinan anak kita ni.....Tapi setakat hari ni dah ada 3 subjek yang dah dapat result belum ada pulak yang dapat 100% lagi, paling tinggi pun 98%. Dia boleh dapat 100% sebenarnya tapi dia ni selalu cuai. Masih ada soalan yang tak berjawab.....
Kes 2
Satu lagi dia ni kalau kat rumah selalu la nak peluk-peluk kita atau cium kita, kalau tak pun dia mesti suruh peluk dan cium dia. Hari Sabtu lepas dia ada Kem Bestari Solat kat sekolah.
Kita dan Sayang pergi la hantar dia ke sekolah. Sayang turunkan kita depan pintu pagar sekolah sebab nak cari parking lepas tu (banyak pulak kereta depan pintu pagar tu). Boleh pulak Harith tak bagi kita hantar dia sampai dalam kawasan sekolah.
Kita punyalah bersungguh nak hantar dia, dia pulak boleh cakap "tak payah la hantar abang sampai dalam kawasan sekolah, orang lain pergi sendiri jer". Kita apa lagi cakap la "abang, ibu kan bangga tau kalau atuk dan uwan nak hantar ibu ke sekolah sambil pegang tangan ibu". Lepas tu baru la dia nak pegang tangan kita.
Masa kita nak balik kita nak peluk la dia, boleh dia tolak-tolak kita sebab malu kawan-kawan dia pandang.....Kita cakap "lain kali ibu tak nak la peluk abang lagi, jangan suruh ibu peluk abang tau". Terus dia nak peluk kita sambil tersipu-sipu....Poyo betul la budak ni.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan