Khamis malam ari tu sesaje la kita tanya Harith pasal buku rekod kemajuan dia. Sebab dah lama dia exam tapi buku rekod tak dapat lagi. Kekawan husband kita dah sibuk cerita pergi ambik rekod kemajuan anak masing-masing kat sekolah.
Dalam hati tu memang asyik tertanya-tanya jer bila agaknya nak tahu keputusan Harith ni walaupun kertas exam dah dapat. Nak jugak tahu peratus keseluruhan dan kedudukan dia dalam kelas.
Bila kita tanya kat Harith malam tu boleh dia jawab "ibu kena ambik rekod kemajuan tu esok". Biar betul budak ni, bila tanya baru dia jawab kena pergi esok. Pelik pulak kita sebab tak jumpa apa-apa surat kat dalam beg dia yang mengatakan untuk ambik rekod kemajuan esok.
Nak puas hati punya pasal kita call cikgu kelas dia. Ooohhhh betul la kena datang esok, cikgu dah bagi surat tapi ntak kat mana dia letak......
Makanya, keesokan harinya (Jumaat) kita masuk kerja lewat untuk ambik rekod kemajuan Harith. Banyak la yang cikgu dia bagitahu pasal Harith. Alhamdulillah, nakal-nakal pun budak tu ada jugak pujian cikgu pada Harith. Keputusan exam pun ok la......91% peratus keseluruhan dan dapat no. 7.
Suasana dalam kelas pada hari tersebut |
Tapi kalau nak maintain kelas tu, dia kena tingkatkan lagi keputusan dia pada exam akhir tahun nanti. Kelakar pulak bila cikgu dia cakap bila masa exam Harith boleh nak ajar kawan dia jawab soalan sebab dia dah abis jawab. Baik hati tak bertempat betul budak sorang ni.
Tempat duduk Harith yang hampir dengan meja cikgu. |
Harith yang bangga ibu dan ayah ada kat dalam kelas dia. |
Sesi perbincangan bersama cikgu. Gambar kita bersama cikgu takde sebab asyik masyuk berbincang pasal Harith. Lagipun malu nak ambil gambar masa tu, macam tak sesuai jer kan? |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan