Apa yang buat kita lagi sedih adalah anak sendiri cakap kita dah semakin montel.....waaaaa...........Nak buat macam mana ni?
Seluar dan baju dah banyak yang tak boleh pakai. Itu adalah salah satu tanda yang bentuk badan kita sudah bertambah buuuuulaaaattttt. Tak suka...tak suka.......
Sebelum ni kita ada juga pakai lotion untuk membakar lemak la kekononnya......Nak tau produk apa? Dunia Herbs (Mustajab), duta produk tu Nora Danish. Mustajab ni ada 3 jenis. Botol warna kuning (Pati Halia), botol warna hijau (Pati Halia + Limau Nipis) dan botol warna oren/merah (Extra Hot).
Mula-mula tu kita pakai yang hijau kemudian kita tukar cuba warna oren/merah kerana kesannya lebih cepat.
Kita rasa masa tu produk tu berkesan jugak, tapi kena rajin la pakai, 2 kali sehari. Tak boleh malas-malas tau.......Sebulan kita pakai 4 botol Mustajab tu.
Lepas produk tu ternampak pulak produk Bio-Essence (Celebrity's Choise), duta dia Siti Shahriza (Siti Eja-Pelakon). Bila tengok body dia cantik tu terpengaruh la pulak......
Lepas pakai produk tu untuk sebulan dua, kita stop sebab planning nak pregnant. Takut ada kesan pada kandungan kita pulak.
Sekarang, selepas gugur, kita sambung semula penggunaan produk tu. Bila pakai produk tu memang rasa pijar di kawasan yang kita sapukan tu, sama jugak macam Mustajab tapi produk ni pijarnya lebih sikit.
Korang kisah tak pasal bentuk badan korang? Kalau bentuk badan dah cantik tak payah la nak pening-pening kepala.... Tapi kalau dah montel macam kita ni perlu cari jalan untuk mencantikkannya semula.....
Bentuk badan yang menarik bukan sahaja untuk tatapan suami tapi untuk kepuasan diri sendiri......
Nak pergi pusat pelangsingan badan yang tumbuh melata tu rasa macam membazir je. Bayangkan RM1000 untuk bahagian tertentu sahaja. Itu pun belum tentu lagi berkesan dan harganya tetap macam tu......Nanti tak pasal-pasal kena tambah lagi 2-3 ribu......
Inilah produk yang kita tengah pakai sekarang. Tak tahu boleh bertahan sampai bila. |
Walauapapun kita harap misi kita untuk kurus menjelang akhir tahun ni berjaya.....Kalau sape-sape ada petua untuk kurus boleh la kongsi dengan kita ye.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan