Nuffnang Ads

Khamis, 2 Jun 2011

Terlebih rajin atau........

Sekarang kan musim cuti sekolah. Anak-anak sukalah tak pergi sekolah sebab boleh bangun lambat (tapi anak kita masih sama, bangun macam nak pergi sekolah tu sebab nak pergi nursery), tengok tv 24 jam, main-main dan macam-macam lagi lah......

Tapi kita jadi pelik bila Adriana kata yang dia nak pergi sekolah (Tadika Gerak Minda) malam tadi. Kenapa dia bersemangat sangat nak pergi sekolah ni? Musykil pulak kita......

Mula-mula tu terfikir la pasal result exam dia baru-baru ni dan kedudukan no. dalam kelas. Masa dapat result tu dia nangis dan cakap dia tak nak sekolah kat situ lagi. Nak tahu sebab apa?

Sebabnya cikgu dia kata siapa yang tak dapat markah 100% dan kedudukan no dalam kelas lebih dari no. 4 tak dapat hadiah.......Dia takut dia tak dapat hadiah......

Kebetulan kali ni tak satu pun markah dia dapat 100%. Dia cuma dapat markah antara 96-99% jer bagi semua subjek dan kedudukan di dalam kelas adalah no 6. Pening jugak nak pujuk dia supaya kena pergi sekolah jugak walaupun tak dapat markah 100%.

Ingatkan dia bersemangat nak pergi sekolah sebab nak belajar rajin-rajin supaya dapat markah 100% dan boleh dapat hadiah. Lepas tu baru teringat yang dia baru pakai benda alah ni.........


Ceteka, pakai apa?

Ni la dia.....pakai inai......

Harith pun sama, pakai jugak....Harith siap kata "lelaki boleh pakai 3 jari jer". Ntah kat mana la dia dapat info tu.

Memang dah lama Adriana teringin nak pakai inai ni, tapi kita jer malas nak melayan kehendak dia tu.....Bila dia teringin sangat pakai inai tu dia ambik pencil warna dan warnakan kuku dia.

Semalam, kat nursery cikgunya melayan kehendak murid-murid. Semua murid pakai inai. Adriana apa lagi, kemain seronok lah dia. Macam tak sempat-sempat jer nak tunjukkan kat kita yang dia pakai inai masa kita jemput dia kat nursery tu.

Dan akhirnya terjawablah sudah kenapa dia beriya nak pergi sekolah (Tadika Gerak Minda) tu.......tak lain dan tak bukan nak tunjukkan pada kawan-kawan yang dia dah pakai inai.......

Kita rasa macam tu la......tapi kalau dia betul-betul ada niat nak belajar sesungguh untuk perbaiki kelemahan dia dalam exam baru-baru ni, Alhamdulillah......

Tiada ulasan: