Nuffnang Ads

Selasa, 28 Jun 2011

Keluar pejabat lagi

Tengahari semalam adik kita ada bagitahu yang mak kita pitam. Ingatkan mak pitam biasa-biasa jer. Pukul 2 lebih adik kita call lagi bagitahu yang denyutan nadi mak kita laju. Tambah pulak mak demam sekali.

Jadi dalam pukul 3 lebih macam tu kita balik. Sampai jer kat Seremban, kita jemput adik kita yang kerja kat Sek. Men Puteri tu sebelum ke klinik. Abah dah hantar mak kat Klinik Kesihatan Sikamat masa kita sampai tu.

Dari sana kami pergi pulak ke Klinik Kesihatan Rasah sebab nak check lagi detail. Kita sempat hantar mak kat Klinik Kesihatan Rasah jer sebab dah pukul 5.30pm, nak balik ambil anak-anak kat sekolah. Lagipun Sayang takde ari ni sebab pergi kursus.


Kat Klinik Kesihatan Rasah. Nampak sembab pulak muka mak ni.

Depan bilik doktor

Abah call malam tu, bagitahu mak kena pergi bahagian kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar pulak lepas Klinik Rasah tu.

Selepas masuk air dan segala bagai pemeriksaan selama beberapa jam, mak dah stabil. Jadinya mak tak perlu kena tahan wad. Alhamdulillah......

Kita baru jer keluar pejabat Jumaat lepas sebab ambil rekod kemajuan Harith, hari Isnin pulak keluar pejabat lagi. Tak kisah la apa bos atau orang nak kata, kalau terjadi benda yang sama kat dia orang pun mesti dia orang buat benda yang sama macam kita. Bukannya kita sesaje nak keluar pejabat.

Kita harap mak semakin sembuh........

Tiada ulasan: