Sambungan xtvt hari Sabtu. Lepas makan-makan kat Mc. D tu kami ke Casa Moda. Kalau boleh nak cari kain tu hari tu jugak. Malas nak tangguh-tangguh lagi.
Akhirnya jumpa jugak kain yang sesuai dengan warna tema tahun ni dengan bantuan Sayang. Kalau kita sorang jer yang cari memang sampai kesudah la tak jumpa warna yang dicari.
Selepas dah jumpa kain tu, terus hantar ke tailor. Punyalah semangat........
Dah settle cari baju dan dah hantar ke tailor tu kita pergi kedai popia pulak.
Hari tu Sayang ada cakap, sebelum bulan puasa dia nak makan 'Popia Kuala Kangsar'. Bukannye makan popia kat Kuala Kangsar sana. Nama jer popia Kuala Kangsar. Kedai popia tu terdapat kat Stadium Paroi sana.
Kalau bulan puasa, popia ni popular, kena beratur panjang kalau nak beli. Jadinya sebelum puasa pergi rasa dulu....Tak kose nak beratur panjang-panjang masa bulan puasa nanti.
Ni la kedai Popia Kuala Kangsar tu. |
Harith adalah penggemar popia. |
Popia basah dan popia goreng |
Harga satu popia tu adalah RM1. Memang berbaloi sebab besar.
Dah puas makan-makan, kita bawak anak-anak ke Laman Basikal kat area Lake Garden sana. Kesian diaorang asyik ikut agenda kita jer....sesekali ikut kan la kehendak anak-anak.....tak rugi pun....
Anak-anak sibuk main basikal, kami berdua asyik bergambar. |
Adriana yang perasan model. |
Kemain laju Adriana kayuh basikal, risau betul kita. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan