Nuffnang Ads

Isnin, 20 Jun 2011

Tengok anak orang jer.....

Semalam adalah hari sukan sekolah Harith. So, kami sekeluarga kena bangun pagi kerana acara sukan tu bermula pukul 8am.


Perbarisan

Harith dan Adriana di hari sukan.
Sebenarnya acara saringan budak darjah 1 adalah pada hari Selasa minggu lepas. Harith tak masuk satu acara pun sebab cikgu dia tak nak tanggung risiko jika budak-budak yang ada masalah kesihatan masuk acara.

Kebetulan beberapa minggu ni kesihatan Harith pun tak beberapa ok, kalau tak nak jugak suruh cikgu dia bagi dia masuk acara walaupun dia ada asthma. Kesian pulak bila dia kata cikgu suruh dia duduk tengok kawan-kawan dia lumba lari.

Nak buat macam mana ye tak......dah tak sihat......

Makanya pagi semalam kami hanya menengok anak-anak orang jer la masuk acara sukan. Mula-mula tu malas jugak nak pergi sebab anak kita tak masuk acara pun, tapi Harith kata cikgu suruh datang jugak. Ikutkan jer la.......

Kami tak lama kat sana dan bukannya ambik kehadiran pun, dalam pukul 10 macam tu, kami balik.

Tiada ulasan: