Nuffnang Ads

Khamis, 2 Jun 2011

Follow up

Kelmarin (Selasa) kita adalah cuti sebab nak hantar Harith follow up kat Klinik Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Kebiasaannya Sayang yang cuti dan kita akan kerja dan balik tengahari. Tapi kali ni kita terpaksa cuti sebab cuti Sayang dah tinggal sikit kerana ambik cuti masa kita admit hospital ari tu.

Kenapa mesti pergi dua-dua sekali (kita dan Sayang)? Disebabkan tempat parking yang amat lah limited kat HTJ ni, maka terpaksalah kami berdua pergi bersama-sama. Sorang pergi daftar dan sorang lagi pergi cari parking.

Kalau sorang je nak cari parking dan pergi daftar memang lambat la no. ko kena panggil......

Appointment Harith (kes asthma) adalah setiap hari Selasa (petang). Bukanlah bermakna setiap hari Selasa kita kena hantar Harith untuk follow up, cuma untuk follow up kes asthma kat klinik tu hanya setiap hari Selasa petang jer..... Hari dan masa lain adalah untuk kes-kes lain......ada paham?

Situasi di dalam klinik.

Di depan kaunter pendaftaran.
Masa untuk follow up Harith ni tak menentu, kadang-kadang sebulan sekali dan paling lama pun 3 bulan sekali, bergantung berapa kerap dia kena serangan asthma tu.

Kebetulan untuk follow up kali ni terdapat bintik-bintik pada badan dia seperti alahan, jadi terus refer sekali dengan doktor.


Pipi kiri Harith yang bengkak, ingatkan beguk atau gusi bengkak rupanya tidak.


Kesan alahan di bahagian badan.
Sah, terdapat alahan tapi tak tahu puncanya samada air, serangga, habuk, makanan atau lain-lain. Disebabkan alahan ni, Harith demam. Demam-demam pun hantar jugak kat nursery.........

Tiada ulasan: