Nuffnang Ads

Khamis, 23 Jun 2011

Saje nak tunjuk gambar kek

Sebenarnya kita ni tengah lapar. Tetiba teringin pulak makan kek. Nak makan kek 'secret recipe' macam-macam pulak yang kedengaran sekarang, tak halal la dan macam-macam la.....

Tetiba timbul pulak idea nak tunjuk gambar kek-kek yang pernah kitaorang beli (ni yang bertambah lapar ni.....). Tu pun gambarnya mana yang jumpa jer. Tak cukup complete la gambar kek ni.

Gambar-gambar kek yang lain ntah ghaib ke mana.


Birthday Sayang 33rd

Birthday Sayang 34th

Birthday Sayang 35th
Korang mesti pelikkan kenapala kek ni ada ketupat, bulan bintang segala bagai.. Ni semua Harith punya kerja. Kebetulan birthday Sayang beberapa tahun ni jatuh bulan puasa jadinya masa nak pilih kek birthday Sayang tu kat 'The Baker's Cottage' Harith dah berkenan sama ini kek. Jadinya beli jer ikut pilihan dia....


Birthday kita 32nd

Birthday kita 33rd

Birthday Harith 1st

Birthday Harith 4th

Birthday Harith 5th

Birthday Harith 6th

Birthday Adriana 3rd

Birthday Adriana 4th

Birthday Adriana 5th
Kalau korang perasan majoriti kek-kek tu semua mesti ada warna coklat. Kita adalah penggemar coklat tegar......hahaha......Apa-apa pun mesti nak coklat. Kalau korang bagi kita cheese cake, sorry la memang kita tak makan walaupun rege dia mahal (ada ke orang nak bagi kita kek????).

Walaupun tiap-tiap tahun beli sebiji kek (tak kira la besar atau kecik) tapi tak pernah nak habis makan. Membazir kan? Kek tu buat syarat jer untuk sambut birthday.

Lepas ni birthday anak-anak jer beli sebiji kek, untuk kita dan Sayang beli slice jer....

Tiada ulasan: