Seawal pagi Ahad kami dah keluar rumah. Awal pun, tak la awal sangat, pukul 9am. Tapi kira awal la tu bagi kami sebab selalunya hari minggu kami bermalas-malas dulu kat rumah sebelum keluar.
Kenapa keluar awal? Disebabkan sebelah petang kami nak berehat-rehat kat rumah, maka kena la settle kan segala urusan disebelah pagi.
Kami sarapan kat Stadium Paroi sana. Sape yang follow blog kita ni mesti tertanya-tanya kan, kenapa la kami sekeluarga ni suka sangat makan kat Stadium Paroi sana.
Bukan apa, sarapan pagi kat sana menepati selera kita setakat ni. Ada beberapa kedai lagi yang ok tapi kita belum sempat nak cerita kat korang lagi.
Seperti biasa Sayang dan Harith makan nasi lemak sotong dan kita makan mee rebus. Adriana pulak makan nasi lemak dan mee rebus (kita suapkan la....kalau order untuk dia satu pinggan, tak habis nanti).
Lepas sarapan, kami pergi Tesco untuk beli barang dapur. Dah beli segala bagai barang dapur tu kami balik. Kenapa tak beli masa keluar ari Sabtu? Sebabnya ari Sabtu takde beg plastik, makanya payah nak bawak recycle beg.
Sampai rumah pukul 1 lebih. Sesampai je kat rumah terus ke dapur untuk masak (makan tengahari) dan inilah hasilnya masakan hujung minggu kita.
Sayur campur |
Sambal ayam. |
Pinggan adalah comot, tak sempat nak lap, terlalu excited nak ambik gambar.......(macam la sedap sangat nak tunjuk kat orang kan?) tahu dah.......korang mesti cakap macam tu kan?
2 ulasan:
bile la boleh rase sambal ayam kak hilda nih..hehe;p
katie : kalau nak, kena datang rumah ye....hehehe (macam la sedap sangat ye tak?)
Catat Ulasan