Nuffnang Ads

Sabtu, 2 Julai 2011

Lepak di kampung

Sepatutnya hari ni Harith sekolah sebab ada larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Tapi Harith kata cikgu kelas dia dah cakap supaya lebih baik tak datang.

Mula-mula tu tak percaya jugak cikgu dia cakap macam tu. Kita pun call la cikgu dia malam tadi, memang cikgu dia cakap macam tu sebab cuma budak darjah 4,5 dan 6 sahaja yang terlibat dalam larian tu. Bidak-budak darjah 1,2 dan 3 cuma ada xtvt dalam kelas jer.

Memandangkan semua murid dihimpunkan pada satu sesi dan sekolah Harith tu pulak adalah sekolah 2 sesi, maka cikgu dia kata lebih baik tak datang, lagipun tiada P & P pada hari ni.

Dah cikgu dia pun kata tak payah datang, makanya kita pun tak la hantar Harith ke sekolah pagi tadi. Tapi nak kemana kita hari ni sebab semua kerja rumah (basuh kain baju, kasut sekolah, menyapu dan segala bagai la kerja-kerja rumah yang lain) kita dah selesaikan malam tadi.

Lagipun Sayang tak balik dari kursus lagi, kalau duduk rumah mesti boring dan akhirnya terfikir nak balik kampung. Balik kampung la kita.......

Anak-anak seronok kemain sebab nak balik kampung wan Ju (panggilan anak-anak untuk mak kita). Tanpa disuruh-suruh terus mandi dan bersiap nak balik kampung.

Kami balik hari jer, petang nanti balik semula ke Senawang. Sekurang-kurangnya anak-anak tak la bosan duduk kat rumah jer. Kalau tanpa Sayang kita rasa tak seronok bawak anak-anak pergi jenjalan.


Tiada ulasan: