Semalam opis kita ada ceramah Ihya' Ramadhan (menghidupkan bulan Ramdhan). Nak tahu sape yang bagi ceramah? Seorang yang cukup kita semua kenali iaitu Y. Bhg. Datuk Dr. Hassan Din Al-Hafiz.
Memang penuh la dewan semalam sampai ada yang duduk kat tangga sebab Y. Bhg. Datuk Dr. Hassan Din Al-Hafiz yang bagi ceramah.
Dalam ceramah tu dia ada cakap sesiapa yang menghadiri majlis ilmu seumpama berada dalam taman syurga Allah. Jadi, sesama lah kita semua rajin-rajin kan diri untuk menghadiri majlis ilmu ni.
Banyak info yang beliau berikan dan banyak betul yang terkena kat batang hidung kita. Contoh :
1) Paksa anak berpuasa.
Tahun-tahun sebelum ni memang kita paksa anak-anak kita puasa sejak umur 5 tahun. Macam kejam jer bunyinyakan? Sebenarnya bila tengok anak orang lain dah mula puasa, kita pun nak la jugak anak kita puasa.
Sebenarnya dalam islam tak suruh kita paksa anak berpuasa, suruh paksa anak solat adalah yang paling utama. Ustaz tu kata lagi kalau anak-anak kita dah konsistan solat secara tak langsung dia akan berpuasa.
2) Jangan tamak lakukan perkara-perkara sunat sehingga luput perkara-perkara yang wajib.
Beliau juga ada menyebut bahawa nabi puasa genap sebulan pada bulan Ramadhan dan banyak berpuasa pada bulan Syaaban. Perbanyakkan puasa pada bulan Syaaban adalah untuk persediaan kita menghadapi bulan Ramadhan.
Bulan Rejab : Bulan Allah (terdapatnya malam Israk & Mikraj iaitu pada 27 Rejab)
Bulan Syaaban : Bulan Nabi (terdapatnya Nisfu Syaaban yang disambut pada hari ke 14, malam 15 Syaaban. Ramai dari kita yang masih keliru sambutan Nisfu Syaaban ni kerana ramai diantara kita yang menyambutnya pada hari 15 malam 16 Syaaban.)
Bulan Ramadhan : Bulan umat (terdapatnya malam Lailatul Qadar ~ 10 hari terakhir Ramadhan iaitu malam-malam ganjil seperti hari ke 20 malam 21, hari ke 22 malam 23)
Ada macam-macam lagi info yang beliau berikan. Beliau menyeru kepada kita semua supaya rebutlah peluang untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan untuk kumpul sebanyak pahala dan buangkan sebanyak dosa yang kita lakukan selama ini.
Ketika sesi Q&A |
Dah alang-alang cerita pasal bulan Ramadhan ni kita ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Sama-sama lah kita perbayakkan segala amalan kita dan meninggalkan segala perkara-perkara yang tidak baik.
Kita juga ingin memohon kemaafan kepada semua sekiranya perbuatan, kata-kata, tulisan atau tingkah laku kita selama ini ada menyinggung anda perasaan semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan