Nuffnang Ads

Jumaat, 1 Julai 2011

Buah tangan dari kampung

Mak & abah korang rajin tak bekalkan apa-apa bila korang balik kampung? Mak & abah kita memang selalu bekalkan kita macam serai, limau kasturi, betik, cili, ubi kayu dan segala bagai hasil tanaman dia la.....

Dah tu bukan kita sendiri yang ambil, dia yang sediakan semua tu kekadang siap masukkan dalam kereta lagi. Kita rasa kalau rumah abah kita ada pokok kelapa, buah kelapa pun dia nak suruh kita bawak balik.

Bertuahkan dapat mak dan abah macam tu. Kalau tak pandai nak hargai mereka, kita tak tahu lah.......Masa main bowling baru-baru ni abah dah siap bungkuskan untuk anak-anak dia limau, betik, serai dan buah kuini dari kampung. Lepas main bowling tu abah siap hantar kat kereta lagi hasil dari kampung tu.

Kalau kat rumah sendiri semua tu kena beli. Mana ada ruang dan masa nak cucuk tanam tu. Kat rumah kita tiap-tiap minggu beli betik. Sebab tu la agaknya abah selalu bekalkan kita betik, dia tahu anak dia ni penggemar betik.

Boleh dikatakan setiap balik kampung atau abah datang Seremban, ada jer hasil dari kampung yang abah bawak. Jadi kalau kita nak balik kampung pun kita akan rasa bersalah kalau tak bawak atau beli apa-apa untuk mak dan abah.


Inilah hasil dari kampung tu.


Buah kuini (buah ni ada musim jer baru dapat makan). Tak sabar nak makan disebabkan bau dan rasanya yang sedap.

Limau kasturi, serai dan betik.
Sebagai anak, hargailah kedua mak abah kita. Touching pulak rasanya bila teringatkan mak dan abah ni. Minggu ni memang minggu emosi kita kot, tambahan pulak Sayang kan takde......asyik nak touching jer.....

Tiada ulasan: