Tadi kita baca kesah kat blog isteri sepupu kita. Tetiba lak sedih rasanya kalau benda tu terjadi kat kita. Kita rasa kita belum kuat untuk semua tu.
Kita memang tahu sepupu kita ni sekarang tinggal berasingan disebabkan mencari rezeki. Tapi buat tak tahu jer la sebab tak jadi kat kita.
Sepupu kita ni bekerja dan tinggal kat Shah Alam dan isterinya pulak tinggal dan bekerja kat Penang sana. Mereka ada 2 orang anak dan anak-anak tinggal dengan isterinya.
Kalau tak silap baru 7 bulan dia orang tinggal asing-asing ni sebab isteri dia dapat jawatan tetap di sana (Jabatan Kerajaan). Kalau nak tukar pun makan 1-2 tahun jugak.
Kalau korang la secara jujurnya sanggup tak PJJ (perkahwinan jarak jauh) ni? Kalau tanya kat kita la, memang kita tak sanggup. Kita rasa semua orang pun tak nak PJJ ni. Tapi untuk mencari rezeki maka terpaksa la melakukan pengorbanan.
Bukan kita jer yang sedih tapi kesian kat anak-anak jugak bila tinggal berjauhan ni. Bila anak-anak tanya pasal ayah dia........ohhhh sedih sungguh......Kita bab-bab macam ni memang sensitif sangat, mudah jer nak mengalirkan air mata.
Sayang baru jer pergi kursus kita dah sedih dan susah nak tidur, ni kan pulak PJJ. Kuat betul la sesiapa yang boleh hadapi benda ni.
Sebelum kahwin dulu pun kita dah bagitahu Sayang yang kita tak nak dia pilih kerja yang ada syif. Kita nak dia kerja waktu normal jer.
Doa dan harapan kita agar kami sekeluarga akan sentiasa tinggal bersama dan dipermudahkan segala urusan.
Saje tunjuk gambar masa kahwin untuk mengingati masa hangatnya percintaan kami. Sekarang pun hangat jugak percintaan kami malah kita rasa kasih sayang kita lebih hangat bersama suami dan anak-anak sekarang ni.
Semoga perkahwinan kami akan bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin........Terima kasih Sayang kerana menjadi suami kita........Love you.
2 ulasan:
hmm..heheheh..sengeh je bila lynn baca blog angah ni..ada pulak enter tentang lynn..hehehehe...lynn harap sangat dapat tukar secepat mungkin ke s.alam balik..tapi bila direnung renung...byk jugak manis bila berjauhan nie...rasa sayang en hubby kat lynn macam makin kuat..tiap ari jumaat..berdebar2 je..huhu...doakan lynn k..semoga kita kekal dlm perkahwinan nie..
Saje la nak share citer dengan kawan-kawan..... Mesti masa tu rasa macam waktu bercinta dulu-dulukan?Wah....best sangat perasaan tu.....Ok, semoga hubungan Lynn dan semua suami isteri di dunia ni berkekalan bahagia sehingga akhir hayat....Amin....
Catat Ulasan