Nuffnang Ads

Khamis, 21 Julai 2011

Jimat vs kedekut

Sejak bulan ni kita kurangkan belanja sekolah Harith kepada RM1 jer. Dengan harapan dia tahu kesalahan dan menghargai apa yang dia ada.

Harith ni memang tak tahu jaga barang-barang dia. Sejak masuk sekolah bulan Januari tu dah banyak kotak pensel, pensel, pemadam, pembaris, gam, gunting, pensel warna, stokin dan macam-macam lagi la yang hilang.

Yang paling kita terkilan bila pensel warna dia hilang awal bulan dulu. Bila dah hilang harus la kena beli yang baru, maka malam tu kita pergi la beli pensel warna dia untuk gantikan pensel warna yang hilang tu. Tak sampai 2 hari pensel warna yang baru beli tu pun hilang jugak. Punyala kita hanginnnnn....Dia ingat bila barang-barang dia hilang tu, kita akan gantikan semula.

Kalau asyik hilang dan kita asyik kena beli yang baru, tokeh balak pun boleh gulung tikar....Kita bukan la nak berkira sangat, tapi kita kena ajar sikit supaya dia menghargai barang-barang dia. Mungkin bila dapat sesuatu benda tu dengan mudah dia tak menghargai benda tu.

Kita buat semua ni sebab nak mendidik dia supaya hargai barang-barang dan apa yang dia ada. Kita cakap dengan dia, bulan ni kita kurangkan belanja sebab dia tak tahu jaga barang. Dengan cara tu kita harap dia boleh hargai dan jaga barang-barang dia.

Masih ada jugak barang-barang dia yang hilang tapi sekurang-kurangnya tak la kerap macam dulu.


Pagi tadi Harith bagi kita RM1 untuk buat belanja. Pelikkan? Kenapa pulak Harith yang perlu bagi kita duit? Sepatutnya kita la yang bagi dia duit belanja sekolah. Sebenarnya Harith dapat RM2 hari ni. RM1 kita bagi dan RM1 lagi ayah dia bagi.

Bila kita kata nak masukkan duit tu dalam tabung, dia tak bagi pulak. Dia suruh kita beli makanan.

Nak tahu kenapa jadi macam tu? Sebab boleh dikatakan setiap kali kita jemput dia balik dari sekolah dia ajak kita pergi kedai. Semalam kita tak ikut pun kehendak dia tu. Kalau pergi kedai nanti mesti dia nak beli air tin atau ais krim. Mana la bagus makan benda-benda tu selalu.

Jadi kita cakap la kat dia kita tak ada duit. Nak makan pun takde duit. Sebab tu agaknya pagi ni dia bagi kita duit suruh buat belanja. Takut ibu dia ni tak makan agaknya..... Terharu pulak rasanya bila anak prihatin tentang kita ni.....

4 ulasan:

ctot berkata...

He..he..he...sian Harith..mama garang ye
Anak aku pun cmtu gak tp bila dh msk darjah 2 ni ok la sikit..ayah dia siap kerat 2 pemadam sbb cepat bebeno habih..sebenarnya bkn guna tuk belajo tp dok gentel2 dgn pensel last hancurr...
Klu color tu sethn 2 kali ganti je le...tu pun sbb beli yg pjg kot....

Hilda berkata...

Mmg pun...pemadam tu bukannya nak buat padam kertas, tapi buat main baling2.
Anak perempuan lain kot....macam Nana, dia jimat sikit....
Tahun ni kita rasa dah ada dekat 12 kotak kot beli pensel warna utk 2 orang anak kita tu.Yg plg byk utk Harith la.
Beli bukan jenis yg pendek, beli yang pjg tapi
yg 12 batang jer la.
Kalau beli yg 24 btg tu, lepas tu hilang, mau kita mengamuk.....

Harap2 msk darjah 2 nnt ok la.....

ctot berkata...

Byk tu .. klu aku pun berangin...naik darjah 2 nnt ok le...x kira ank prmpn @ lelaki la Da cz ms darjah 1 tu mmg byk yg ilang2...last2 aku suh bw pencil 2 btg shj...
Aku skrg tiap2 hari check brg2 n buku sekolah dia .. tu yg dia takut kot...color request yg LUNA pjg...tp aku beli kat Mydin je murah sikit..keh3...

Hilda berkata...

Sekarang ni pun kita bg dia bawak pensel 2-3 btg jer.....
Kita mmg tiap2 hari check beg dia, selain nak check samada ada hwork @ x, nak susun buku dia sekali.dah alang2 check buku, check peralatan menulis sekali, tu yg dpt tahu ada benda yg hilang tu.
kita x la belikan pensel warna LUNA,mahal la. beli faber castell atau stabilo jer....nak beli yg murah sikit tu warnanya x terang.....