Setiap tahun kita akan buat makan-makan sikit di bulan Syawal kat rumah kita. Almaklumlah, ahli keluarga kita dan sayang kan ramai......
Adik beradik kita 8 orang dan Sayang pulak 10 orang. Mau pengsan kalau mereka datang beraya kat rumah kita berlainan hari. Ye la kan....kalau adik-beradik datang tak kan nak jamu kuih raya jer, mau bertahun citer makan kuih raya jer kat rumah kita diperkatakan. Sekurang-kurangnya buat la mee goreng ye tak.....
Kita tak sebut open house kat sini sebab kalau open house semua orang boleh datang. Kita buat makan-makan ni hanya untuk adik beradik, jiran-jiran terdekat dan kawan-kawan yang rapat jer. Tak larat akak ko ni nak masak banyak-banyak untuk jamu ramai orang. Jamu adik-beradik jer pun akak ko ni dah nak pengsan kepenatan.
Sejak kita pindah kat Senawang ni (adalah dalam 5 tahun) dan 5 kali jugak kita buat makan-makan di bulan Syawal kat rumah tu. Nak tahu menu apa yang kita hidangkan? Kita citer pasal menu utama jer ye. Menu-menu yang lain tu dah tak berapa nak ingat la pulak.
Tahun 2007 : Mee / mee hoon sup
Tahun 2008 : Mee kari, rendang, nasi impit, kuah kacang, sate
Tahun 2009 : Mee hoon tom yam, rendang, nasi impit, kuah kacang, sate
Tahun 2010 : Mee / mee hoon sup, rendang, nasi impit, kuah kacang
Tahun 2011 : Mee bandung, nasi impit, kuah kacang
Setakat ni semua menu utama adalah mee.....Rasanya kalau ada rezeki, panjang umur dan sihat tubuh badan, tahun depan kita nak buat menu utama berasaskan nasi pulak. Tak kira la nasi ayam ke, nasi lemak, nasi tomato dan sebagainya. Ok tak?
Mee bandung Muar |
Paste yang diimport dari Muar |
Sepatutnya tahun ni kami nak buat makan-makan pada hari Jumaat (16.09.2011). Tapi disebabkan Harith demam pulak beberapa hari sebelum tu, maka kita batalkan jer majlis tu sebab kasihan kat Harith. Tapi memandangkan ramai yang nak datang beraya kat rumah kita pada hari Jumaat tu, nak tak nak kena la masak jugak.
Tahun ni punya plan memang haru biru. Kejap sms kat adik beradik suruh datang hari Jumaat, kejap cancel kan pulak dah tu sms lagi kata datang jer la......
Sorry la, gambar masa tu takde sebab akak ko ni bz melayan tetamu dari tengahari sampai ke malam. Rasa rugi pulak tak dapat nak snap sekeping dua gambar masa tu (sebagai bukti......hehehe.....sengal.....)
Ok tu jer nak citer.
Ok tu jer nak citer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan