Dah beberapa hari kita tak menulis kat blog ni. Bukan sahaja tak menulis, nak bukak laptop pun tak berkesempatan. Kenapakah semua ini terjadi?
Adakah kemalasan terlampau menguasai diri atau kesibukan membataskan segala-galanya? Tapi sibuk buat apanya kan?
Ntah la....walaupun kita bercuti tapi rasa malas jer.....Mungkin kita pening nak mengira waktu nak bagi ubat kat Harith kot. Ada ubat yang makan 1x sehari, ada ubat yang makan pukul 12am dan 12 pm jer, ada ubat yang makan setiap 4 jam dan ada ubat kena masukkan kat bontot bila suhu badan Harith melebihi 38.50C, jadi kena selalu pantau suhu badannya. Pening jugak bila banyak benda nak kena ingat.
Kita ada jugak suruh Harith ingatkan kita untuk bagi dia ubat. Bila dah sibuk buat kerja-kerja rumah tu kekadang terlupa lak masa untuk bagi ubat kat Harith. Tapi bila ada ubat yang kena makan pukul 12 am dan 4am tu, kita terpaksa on kan alarm telefon. Takut tak tersedar....
Itulah agaknya sebab mood kita nak menulis 'tak mari'........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan