Ok la kan.....target 5 dapat 4. Ni bukan result UPSR ye, target 5A dapat 4A. Ni kesah hari Sabtu baru-baru ni.
Selagi tak habis Syawal, selagi tu la nak beraya ye tak? Tapi tahun ni kita tak beraya sangat berbanding tahun-tahun yang sudah. Tak banyak rumah pun yang kita ziarah.
Hari Sabtu tu kita keluar rumah seawal pukul 10 pagi untuk beraya ke Kajang, Gombak, Shah Alam, Puchong dan Bukit Jalil. Disebabkan nak basuh kereta bagai, maka kami skip untuk ke Kajang. Maka hanya tinggal 4 rumah jer untuk di ziarah. Semua rumah tu adalah rumah adik-beradik dan makcik saudara sebelah Sayang.
Sampai Gombak dah pukul 1 lebih sebab jalan jem dan tersilap jalan. Perjalanan hari Sabtu tu jadi lama disebabkan jalan jem dan ditambah pulak dengan hujan.
Korang bayangkan untuk habiskan 4 rumah tu jer memakan masa 15 jam. Betul-betul hari yang memenatkan. Keluar pukul 10 pagi dan sampai semula ke rumah pukul 1 pagi.
Kesian kat Adriana sebab demam hari tu. Setiap 4 jam kita bagi ubat demam. Dah tu, thermometer sentiasa di dalam beg kita untuk pantau suhu badan dia. Sampai rumah ke 4 (rumah abang ipar) kat Bukit Jalil, Adriana dah tidur sampailah balik ke Senawang. Kesian dia.....
Tu lah kesah berjalan raya kita yang paling panjang dan memenatkan.....
1 ulasan:
paling banyak 6 rumah 1 hari.. itu mmg padat..
Catat Ulasan