Intro memang lari dari tajuk ye. Nak tak nak korang kena baca jugak apa yang kita nak tulis ni dulu sebelum ke citer yang sebenar......
Kat tempat kerja kita tahun ni memang meriah dengan jamuan raya. Mula-mula hari tu jamuan raya MPOB 19.09.11, lepas tu 22.09.11 jamuan raya group kita (Genomics), 23.09.11 jamuan group Breeding & Genetics, 26.09.11 jamuan group Gene Expression dan 30.09.11 ni pulak jamuan kantin walaupun dah masuk bulan Zulkaedah.
Kiranya bulan ni boleh jimat duit la sebab asyik makan free........Seronok dapat makan-makan ni, tapi yang tak seronok bila berat badan naik bagai dipam-pam......huhuhu.....
Ok. Citer yang sebenar....Masa jamuan raya group kita hari tu (Genomics) telah diadakan sekali sambutan hari lahir bos kita, Dr. Rajinder Singh (Group Leader). Memang hari jadi bos kita pada tarikh tu. Dia orang memang plan buat jamuan tu betul-betul pada tarikh hari lahir bos kita tu.
Korang rasa itu boleh dikategorikan sebagai bodek tak? Bagi kita itu bukan bodek, itu hanyalah nak buatkan bos gembira dan staff pun dapat manfaatnya.......Betul tak?
Kebetulan esoknya pula hari lahir Dr. Meilina dan Dr. Umi, jadi kami raikan bersama-sama. Ada 2 kek lagi hari tu.
|
Potong buah dulu..... |
|
Kak Imah, katie dan Kak Ijun |
|
Jelitawan Genomics.....huhuhu..... |
Gambar kat atas tu adalah gambar mantan Ketua Pengarah MPOB iaitu Datuk Dr. Basri, Dr. Rajinder Singh, Dr. Meilina dan Dr. Ravi (Pengarah Bahagian ABBC)
|
Kek 1 |
|
Kek 2 |
Antara menu yang ada pada hari tersebut......
|
Dr. Raj dan Dr. Mei |
|
Dr. Umi, Dr. Raj dan Dr. Mei (Dr. Mei memanjang jer happy....) |
|
Dr. Abi, Dr. Mei, Dr. Raj dan Dr. Umi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan