Nuffnang Ads

Selasa, 13 September 2011

Influenza A

Hari Sabtu dan Ahad kita pergi beraya. Kata raya sebulan, jadi selagi tak habis Syawal maka selagi itu lah kita dok beraya.

Kekadang kesian tengok anak-anak yang kepenatan mengikut ibu dan ayah beraya. Kalau rumah yang kita pergi tu ada budak-budak seusia dengannya, seronok la mereka dapat main bersama-sama. Tapi kalau pergi rumah yang tiada budak-budak, mereka jelas menunjukkan kebosanan mereka.

Hari Ahad tu Harith telah menunjukkan simptom2 nak demam. Pergi beraya rumah orang pun dia boleh tidur. Tak larat sangat la tu. Tapi hari Ahad tu kami tak beraya lama mana pun. Keluar pukul 1 lebih pukul 6 dah sampai rumah semula. Itu pun sempat menyinggah kedai beli kasut sekolah sebab dua-dua kasut sekolah Harith dah teruk sangat. 

Malam tu Harith tak boleh tidur sebab suhu badan dia panas sangat. Puas la kami laki bini basahkan kain lap seluruh badan dia setelah bagi ubat syrup pun tak jalan. Lagi menakutkan kami bila badan dia keluar bengkak-bengkak merah.

Adriana yang over. Nak snap gambar abang dia, dia pulak lelebih

Pukul 3.30am tu bila panas badannya tak surut-surut kami mandikan jugak walaupun dia kesejukan. Kami bagi ubat bontot dan ubat syrup pulak kali ni kat Harith. Pukul 6am barulah dia boleh tidur. Kalau tak dia merengek je.......

Bila dah jadi macam ni haruslah ke klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Bee. Kami laki bini haruslah tak kerja hari Isnin tu kerana risaukan kesihatan Harith. 

Muka serius jer

Masa nak tunggu turn jumpa doktor, Harith teringin pulak makan roti telur (tapi tak habis pun makan, tak selera katanya). Maka haruslah dilayan kehendaknya. Disebabkan dia tak larat nak jalan, jadi ayahnya kena dukung. Nasib baik la berat badan cuma 18kg jer....tapi kalau dia suruh kita yang dukung, mau pengsan jugak dibuatnya walaupun berat cuma 18kg.

Harith dah tak larat sangat waktu ni

Selepas mandi. Basahkan kepala dan lap badan dia dengan kain basah

Masa kat klinik tu panas badannya tak surut-surut jugak walaupun setelah diberi ubat syrup. Jadi nurse terpaksa mandikannya di situ selama 20 minit. Setelah mandi, suhu badan Harith adalah 38.60C.

Dibekalkan mask bagi mengelakkan dari menjangkiti orang lain.

Flu test. Positive
 Setelah berjumpa doktor dan buat flu test, doktor mengesahkan yang Harith dijangkiti virus influenza A.

Harith diberikan MC seminggu. Tak boleh pergi sekolah mahupun nursery.
Kita kena jaga Harith di rumah. Maka kita ambik cuti seminggu ni untuk pantau suhu badan dia dan bagi ubat ikut jadual. Suhu badan dia tak menentu. Tapi bila suhu badan dia dah naik tu, cemas jugak dibuatnya. Suhu badan sampai 400C.


Tiada ulasan: