Belum habis raya lagi kan? Ada lagi tak orang nak kasi duit raya? Hahaha.......tak senonoh betul kan, mak sape la ni?
Tadi, selepas hantar borang cuti kat opis, kita terus pergi bank untuk bank-in duit raya anak-anak. Takut la simpan lama-lama kat rumah. Dah la sekarang ni kawasan perumahan kita ni dah beberapa kali rumah jiran-jiran kena pecah masuk.
Nanti tak pasal-pasal jer duit anak-anak jadi korban. Tak nak la kita sedekah duit kat pencuri-pencuri tu, buat habiskan bogheh jo.....Setelah bank in kan duit anak-anak tadi barulah lega sikit rasanya.
Sesapa nak bagi duit raya kat anak-anak kita boleh lagi. Jangan la fikir bila kita dah bank-in duit anak-anak kita tak terima duit raya korang lagi......(dushhhhh.....amek ko......huhuhuhu....mak yang over... ).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan