Nuffnang Ads

Khamis, 29 September 2011

Nak gelak atau terharu

Pagi tadi, dalam perjalanan nak hantar Harith dan Adriana ke nursery Harith mengeluarkan kenyataan ni. Punca dia bagi kenyatan tu ialah bila sarapan tadi dia tak nak makan.

Dia tanya takde benda lain ke selain dari nasi goreng. Nak kata kita selalu masak nasi goreng, sampai dia muak tak jugak. Memang jarang la kita masak nasi goreng time hari bekerja ni.

Disebabkan dia tanya takde makanan lain ke, terus ayah dia bagi tazkirah.......Abang ni tak bersyukur langsung la. Orang 'bersamamu', anak yatim tu lagi kesian, nak makan nasi pun susah.......Ni dah dapat makan, memilih pulak. Abang nak jadi orang bersamamu tu ke? (lebih kurang macam tu la dialognya).

Agaknya terkesan jugak tazkirah ayahnya tu, terus dia makan perlahan-lahan......dah tu siap tambah dan bawak bekal ke sekolah lagi......hehehe.....

Masa dalam kereta, mungkin dia masih teringat kata-kata ayahnya tadi. Jadi kami berdialog :

Harith : Ibu, bila ibu dah tua nanti ibu ada duit tak?
Kita    : Entah, takde kot.
Harith : Tapi abang tengok atuk tu ada jer duit dia.....
Kita    : Ye la.....pak long, ibu dan yang lain-lain bagi atuk dan uwan duit, jadi boleh la atuk nak berbelanja....
Harith : Tapi kesian la kat ibu sebab tak ramai nak bagi ibu duit sebab anak ibu ada 2 orang je.....
Kita    : Hahaha......(gelak dalam hati.....kesitu pulak dia). Takpelah....nanti abang bagi la ibu duit banyak-banyak......
Harith : Ye la kan.....nanti abang bagi ibu duit banyak-banyak......Ibu ambik la RM1 ni buat belanja (duit belanja yang kita bagi kat dia masa sarapan tadi) abang guna RM1 jer.....

Terharu sungguh la pagi tadi.....tambah pulak masa otw nak pergi kerja, kat radio IKIM pasang lagu 'Jasa Bonda' dari Kumpulan Warisan.....terus nangis sorang-sorang dalam kereta.....


2 ulasan:

Lynn berkata...

Budak sekarang nie memang bijak.pemikiran dorang advence..zahin pon selalu je keluarkan kenyataan yg pelik2.

Hilda berkata...

Kekadang seronok jugak layan kerenah dia orang ni tapi kalau dah jauh sangat pemikiran dia orang tu bahaya pulak.....