Huhhhhhhh.....dah tak tahu nak kata apa dah.....Rasa nak menjerit jer setelah 3 hari terperap di dalam rumah. Korang pernah tak terperap di dalam rumah? Tapi bila duduk kat hospital ok je pulak.....
Kita tak keluar kemana-mana pun 3 hari ni (dari hari Rabu sampai Jumaat) walaupun cuti seminggu, hanya duduk kat dalam rumah tak melebihi kawasan pagar rumah. Hari Isnin keluar la jugak pergi klinik hantar Harith dan hari Selasa pergi opis hantar borang cuti.
Nak beli apa-apa semua suruh Sayang yang belikan. Nak tahu kenapa jadi macam tu? Kita menjaga Harith yang demam dan tak boleh terdedah sangat kat luar sebab takut berjangkit dengan orang lain atau demamnya mungkin bertambah teruk.
Kita rasa bosan apatah lagi Harith seorang budak yang terlalu aktif tu. Dia siap cakap dengan kita lagi dengan kita hari Rabu ari tu "hari ni kita nak pergi jalan mana bu?" Apa dia fikir ibunya cuti ni semata-mata nak bawak dia berjalan?
Dia dah bosan duduk terkurung di dalam rumah. Tapi kita kena pastikan dia betul-betul tak demam baru lah berani nak bagi dia keluar rumah. Doktor pun bagi tempoh sampai hari Jumaat untuk pastikan yang dia betul-betul sihat. Doktor kata kalau hari Khamis dan Jumaat tu dia dah tak demam maknanya dah sihat la tu.
Alhamdulillah....Harith dah sihat sekarang......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan