Nuffnang Ads

Selasa, 23 Ogos 2011

Belum lagi....

Hari ni dah 23 hari kita semua berpuasa. Alhamdulillah....harap-harap kita semua dapat berpuasa dengan jayanya sehingga akhir ramadhan.

Korang dah berbuka kat kampung lum (berbuka kat rumah mak abah korang)? Dah hujung-hujung puasa ni kita masih lagi tak berpeluang berbuka kat rumah mak dan abah, kesian kan? Rumah mak mertua memang la kita dah berbuka, tapi rumah mak abah sendiri belum lagi.....

Takpe.....minggu ni kita akan berbuka kat kampung dan terus sampai hari raya. Kali ni lagi best sebab semua adik beradik balik kat rumah mak. Berbuka ramai-ramai....mesti meriah....Bayangkan mak abah kita akan berbuka bersama 8 orang anak, 6 orang menantu dan 14 orang cucu......very the kebabommmmm rumah mak abah kita nanti.....

Tak sabarnya nak balik kampung. Mood raya sudah menguasai diri.....buat kerja pun macam ala ala jer sekarang ni.....

Tiada ulasan: