Nuffnang Ads

Khamis, 18 Ogos 2011

Mimpi

Korang percaya tak pada mimpi. Kalau nak diikutkan kita memang tak percaya pada mimpi sebab mimpi tu adalah mainan tidur.

Walaupun tak nak percaya kekadang tu ia mengganggu perasaan dan emosi jugak. Terbawa-bawa ke alam nyata. Tak sesuai betul kan? Kekadang ia mengganggu hubungan dengan orang lain bila mimpi tu menguasai diri.

Mungkinkah kita ni terlalu emotional? Abaikan saje......

Harith bila mimpi sesuatu dia mesti citer kat kita. Macam ari tu (masa sahur) tetiba jer dia tanya 

Harith : Ibu sayang abang tak?
Kita    : Abang rasa?
Harith : Sayang la....
Kita    : Abis tu kenapa tanya?
Harith : Malam tadi abang mimpi ibu selamatkan abang sebab ada orang nak bunuh abang. Abang rasa ibu sayang sangat kat abang.
Kita    : Mesti la sayang.....walaupun ibu marah abang, ibu tetap sayangkan abang.....

Bila dah puas hati dengan jawapan kita tu dia terus sambung makan.....

Macam mana la dia boleh mimpi ada orang nak bunuh dia?

Adriana pulak sejak sebulan dua ni selalu meracau menjerit-jerit waktu tidur. Nak kata tak baca doa sebelum tidur, tak pulak sebab selalunya kita dan Sayang akan pastikan anak-anak baca doa, ayat kursi, al fatihah sebelum tidur.

Ada sesape boleh bagitahu kenapa anak kita meracau waktu malam dan cara nak mengatasinya?




Tiada ulasan: