Nuffnang Ads

Khamis, 25 Ogos 2011

Malas atau memang pemalas

Dah hujung-hujung puasa ni serba serbi rasa malas. Malas nak pergi kerja, malas nak masak dan boleh dikatakan semuanya malas la.....

Adakah kita ni pemalas? Owhhhh...no no no no......akak ko ni bukan la dalam kategori pemalas ye.....tolong sikit.....Cuma dah dekat nak raya ni (salah kan raya la pulak.....) perasaan malas tu menguasai diri....

Kalau ikutkan hati dah tak nak pergi kerja dah....Tapi sayang pulak abiskan cuti macam tu jer....Pergi jugak la kerja....Dalam hati memberontak tak nak buat kerja yang tak beberapa nak ada tu.....hehehe....

Masak pulak, kita dah tak kuasa nak masuk dapur rasanya. Barang-barang untuk dimasak pun dah tak berapa nak ada. Kiranya bulan puasa ni kita cipta rekod la sebab boleh dikatakan setiap hari kita masak. See, sapa kata kita ni pemalas?

Kalau bulan-bulan lain tu seminggu 3-4 hari jer masak yang lain makan kat luar atau tapau lauk....Tu la agaknya kita rasa macam dah tak kuasa nak masak.....


Tiada ulasan: