Nuffnang Ads

Khamis, 25 Ogos 2011

Tinggal setengah botol

Sebelum berbuka semalam Adriana dah buat permintaan nak  makan biskut raya. Apa?????? Nak makan biskut raya???????

Tapi kesian pulak kalau tak bagi. Maka lepas berbuka bagi la dia makan. Bukan dia sorang jer yang makan, kita dan Harith pun join sama.....hua hua hua.......

Dah syok makan tu baru perasan yang kami dah makan setengah daripada botol tu. Sebenarnya masa ni dan hujung-hujung raya nanti la sedap makan biskut raya. Masa awal-awal raya ni kureeeeng sikit sebab banyak makan lain lagi macam laksa, nasi tomato, lemang, rendang, nasi impit dan sebagainya. Tak pandang biskut raya ni.....

Tak tahu la tahun ni biskut raya kita cukup ke tak. Tahun lepas tak cukup sampai habis raya. Tapi tahun sebelum-sebelum tu asyik berlebih jer sampai boleh bawa hingga ke Raya Haji....hahaha....

4 ulasan:

Ctot berkata...

Sama je..ank aku mkn sekali hadap kuih popia salji..sedap cam rasa susu kata diorg...adoyai...aku bg je ank2 mkn kang dh raya tak luak2 lak...sian lak si kakak posa kan,yg Si adik siap nak berbekal bagai biskut raya ke umah bbsitter..melampau tak...hangin satu bdn aku pepagi buto...

Hilda berkata...

Wahhh...lagi over, siap nak tapau lagi.....hahahaha...bagi jer la....kesian pulak bila disekat-sekat budak nak makan kan?

Budak2 ni memang, pepagi memang suka bagi kita hangin...tapi bila dalam kereta nak ke tempat kerja, bila fikir balik kesian pulak kat dia orang tu....

Ctot berkata...

Aku ckp mkn kat umah je....
Betul tu Da...lg2 klu tinggalkan ank umah bbsitter dia masih nangis...aduyai sayu hati..
Lg satu klu husb pukul ank..aku siap sound jgn kuat2..padahal sendiri pukul x hengat...

Hilda berkata...

Sama la....kalau kita marah atau pukul takpe, bila husb buat mula nak sentap....kekadang husb kita x nak dengar kita mengadu kat dia pasal anak2 sbb bila dia marah atau pukul anak2, kita marah dia balik.....hahaha...ntah apa2 jer kan?