Nuffnang Ads

Khamis, 18 Ogos 2011

Komuter

Sape selalu gunakan kemudahan pengangkutan awam yang satu ni iaitu komuter? Apa pendapat korang pasal pengangkutan awam yang satu ni?

Walaupun kita jarang sekali gunakan pengangkutan awam ni, tapi kita tahu masalahnya sebab Sayang kita boleh dikatakan selang sehari naik komuter untuk ke tempat kerja.

Macam mana nak naik pengangkutan awam sedangkan perkhidmatannya tak memuaskan. Dah kerap sangat Sayang kita sampai rumah dan tempat kerja lewat disebabkan masalah komuter ni.

Kita tak suka la bila Sayang kita sampai lambat terutama bila bulan puasa ni. Kesian kat anak-anak berbuka tanpa ayah mereka (ececehhhhh.....kesian kat sape sebenarnya ni?). Sayang lagi kesian, berbuka kat dalam komuter......Sampai rumah dah lembik.....Nak manja-manja dengan anak pun dah tak larat....

Kalau lewat sikit-sikit takpe jugak, ni sampai 2-3 jam lewatnya.

Harap-harap isu masalah pengangkutan awam ni tak perpanjangan......

1 ulasan:

hisako berkata...

smalam tren kami stuck tgh jalan 5 jam :'(