Nuffnang Ads

Selasa, 23 Ogos 2011

Persiapan raya

Hanya tinggal beberapa hari jer lagi nak raya. Macam mana dengan persiapan raya korang? Dah settel ke? Mesti ada lagi yang nak dibeli ni kan? Selagi tak raya la kata kan, ada jer yang tak cukup dan nak dibeli. Betul tak?

Bagi kita sendiri masih belum settel lagi. Kasut Harith tak beli lagi, tudung kita pun tak cari lagi dan kita pun ada hati nak beli telekung baru. Sayang lagi kesian banyak lagi yang dia belum beli, yang dah beli cuma sehelai baju jer.....Tapi nasib baik jugak baju anak-anak dah siap beli sebelum puasa lagi, kalau tak mau pening jugak kepala nak bershopping time puasa ni..

Malam minggu ari tu kita pergi Ampangan kekonon nak cari la apa yang patut tetapi ya ampunnnnn orang punya la ramai rasa macam nak pengsang dalam kesesakan orang ramai tu. Lagipun mood untuk membeli sudah hilang bila bersesak-sesak macam tu. Nak jalan pun payah, ni kan pula nak memilih-milih....Memang tak la.....

Biskut raya pula kita ada la tempah 3-4 jenis tapi belum dapat lagi yang lain-lain kita beli kacang dan kerepek jer. Tahun ni biskut raya kita lain dari kebiasaan. Selalunya setiap tahun akan pasti ada tart nenas, almond london & mazola sebab itu semua kegemaran kita. Tahun ni macam pelik jer sebab semua tu takde dalam senarai biskut yang kita order.


Sedapnye tart nenas ni.....

Nape tak buat sendiri? Akak ko ni tak pandai sangat nak buat biskut-biskut ni lagipun macam tak sempat jer nak buat. Bulan puasa kali ni kita rasa penat sangat. Macam terkejar-kejar jer nak buat itu dan ini. Tu yang sampai migrain sebab tak cukup rehat.

2 ulasan:

Lynn berkata...

Hwaaaaaaaaaaaaaaa

Nape cam tak rasa nak raya nie..?ada baju sehelai je..camna nak rasa raya..?sorang sana..sorang sini plak tu..hmm..sedih tul lah..hwaaaaa

Hilda berkata...

Takpe...ada masa lagi ni....beli jer baju ready made....apa-apa pun persiapan anak-anak yg lebih utama...biar mereka rasa kegembiraan tu...