Nuffnang Ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

Salam sikit.....

Ok la....kita rasa ni entry terakhir dalam bulan puasa ni. Sebabnya masa cuti raya nanti memang akak ko ni takde masa nak menulis kat blog ni.

Kita mungkin balik kampung hari ahad ni. Esok mesti dah membizikan diri mendobi, kemas rumah dan segala bagai kerja-kerja rumah yang tak pernah nak abis tu kan?

Kalau dah ada kat kampung tu jangan di harap kita ada masa nak menulis kat blog ni sebab lebih baik kita mermesra-mesra dengan adik-beradik, anak sedara dan mak serta abah. Lagipun bukan selalu boleh berkumpul ramai-ramai ni.....

Kalau korang rindukan tulisan kita, nantikannya masa kita naik kerja nanti ye......Itu pun kalau rajin.....hehehe...Tapi kita tahu korang pun takde masa nak tengok fb atau blog kita ni. Almaklumlah......memasing sibuk beraya dan makan macam-macam raya ni.....Tak ingat de blog blog ni.....

Di atas kesempatan ni kita ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN sekiranya kita ada buat silap dan salah. Manalah tahu ada tulisan-tulisan kita yang menyakiti hati pembaca semua.

Mungkin kita rasa tulisan kita tu gurauan, tetapi bagi korang ayat tu kasar atau tak sesuai. Harap korang terus membaca blog ni dan menyokong kita untuk terus menulis di dalam blog ni.

Bagi sesiapa yang nak balik kampung beraya tu, berhati-hati tak kira lah di jalan raya mahupun di mana sahaja. Makan tu beringat sikit jangan sampai tak ingat dunia.....Raya bukannya sehari sampai nak makan semua sekali hadap.......Jaga kesihatan, semoga dapat masuk kerja semula dengan semangat.

Ok, meh salam sikit.....laga-laga pipi (untuk perempuan jer tau......)


Tiada ulasan: