Nuffnang Ads

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kenapa mesti menipu

Geram betul la....Kenapa susah sangat nak cakap benda yang betul. Kenapa mesti nak tipu? Sejak kebelakangan ni mesti korang perasan kita asyik buat entry tentang ketidakpuasan hati jer....

Ye la, kalau benda tu tak sepatutnya jadi macam tu memang la kita tak puas hati. Dan kita pulak suka menulis kat blog, maka nampak la banyak benda yang kita tak puas hati. Tapi kalau benda tu kita suka, kita citer jugak kan.....Tak semua la benda tu kita tak suka....

Agaknya kebetulan beberapa entry sebelum ni memang banyak benda yang terjadi kat kita tu yang membuatkan kita tak puas hati.

Sama jugak dengan kali ni. Tengah kita buat kerja tadi cikgu nursery anak kita sms bagitahu Harith tak sampai nursery lagi. So, kita call la pengusaha van sekolah tu nak tahu apa yang berlaku. Masa kita call tu dengan suara gelak-gelak dia kata van rosak, kejap lagi sampai la Harith kat nursery.

Ok la....kita puas hati la takde apa-apa berlaku. Beberapa minit lepas tu cikgu nursery call kita bagitahu perkara yang sebenar. Rupa-rupanya van tu bukan rosak tetapi kemalangan dengan van lain. Cikgu nursery tu tahu perkara sebenar sebab tanya Harith kenapa lambat.

Muka Harith (kat tulang pipi) cikgu kata merah, mungkin terhantuk kat mana-mana masa kemalangan tadi. Kita bengang betul la, kenapa pengusaha van tu tak nak berterus terang. Budak tu dah darjah satu, dah boleh bercerita. Mana boleh dia nak sorok-sorok perkara macam tu.

Sebelum ni pun Harith ada jugak bercerita yang pemandu van tu selalu tidur masa bawak van. Harith siap cakap "Ibu, terror la Pakcik  ......... tu sebab bawak van sambil tutup mata". Masa tu malas la nak fikir sangat pasal tu. Tapi sekarang ni sebelum apa-apa yang lebih teruk berlaku kita kena cari van lain untuk hantar dan jemput Harith dari sekolah.


Tiada ulasan: