Nuffnang Ads

Isnin, 15 Ogos 2011

Berbuka di kampung

Hari Sabtu kami sekeluarga balik ke kampung Sayang di Kg. Bemban, Senaling (Kuala Pilah). Sebenarnya biras-biras kita dah roger untuk balik sama-sama.

Baru la meriah kalau balik ramai-ramai ni. Masak, bersahur, berbuka dan segalanya lah bersama-sama. Takde la nanti mati kutu sesorang.

Hari Sabtu tu Kak Ngah bawak nasi tomato, rendang daging dan Kak Ee bawak nasi tomato dan puding karamel, kita dan Kak Nani pulak hanya bawak buah tembikai dan hasil dari param. Ok la tu dari balik berlenggang kan?

Sebelum berbuka

Gambar goyang sebab kita dah lapar sangat..hehehe

Seronok bila dapat berbuka ramai-ramai ni. Ini baru separuh ahli keluarga Sayang yang balik. Kalau semuanya balik lagi penuh la rumah ni.


2 ulasan:

mekchu berkata...

ohh.. senaling ke kak? bleh la singgah melang.. hehe..

Hilda berkata...

Hehehe...nanti raya boleh la roger...