Nuffnang Ads

Isnin, 8 Ogos 2011

Macam pelik jer...

Adalah menjadi sesuatu yang amat pelik bila kita tak mintak macam-macam untuk berbuka puasa kali ni. Bukan korang jer pelik, kita pun pelik kenapalah kita tak terasa nak makan itu atau ini.

Selalunya jangan kan bulan puasa, bulan yang tak puasa pun ada jer benda yang kita teringin nak makan. Kali ni kita makan apa yang ada jer. Takde la mintak Sayang belikan apa-apa kat pasar ramadhan tu.

Korang jangan tak tahu dah 8 hari berpuasa ni kita belum ada lagi pergi pasar ramadhan tau. Kenapa jadi macam tu ek?

Tahun-tahun yang lepas, macam-macam yang kita nak makan masa nak berbuka tu, nasi briani, pizza, ais krim, air tembikai dan macam-macam la.

Korang macam mana pulak? Ke lagi heeeebbaattttt dari kita? Tapi kita bersyukur sesangat sebab kurang selera ni, sekurang-kurangnya kurus la sikit masa raya nanti.....hehehe....

2 ulasan:

mekchu berkata...

a ahh la pelik jugak.. bukan patut ibu mengandung lagi nak makan macam2 ke??

Hilda berkata...

Akak tak mengandung la Sue, dah gugur bulan April ari tu.....