Nuffnang Ads

Selasa, 23 Ogos 2011

Kali kedua

Lupa pulak nak masukkan citer ni kat entry sebelum ni......Sebenarnya saje buat-buat lupa sebab nak buat banyak entry....hahahaha....kes mood nak menulis sudah kembali.....rajin terlebih...

Semalam mak, abah dan adik kita Elly (adik lelaki tau, nama jer macam perempuan) berbuka kat rumah kita. Punyalah kelam kabut bila nak masak untuk jamu orang (walaupun tak ramai) bila hari berkerja ni.

Kita masak sweet sour ikan siakap dan kerapu, tom yam campur dan mee goreng. Punyalah gigih kakak ko ni masak....Masak sweet sour ni adalah kali kedua seumur hidup dan di bulan puasa ni. Saje nak tunjuk skill kat mak dan abah...ecececehhhh....(tak habis-habis nak menunjuk ye tak?)

Kita rasa mak, abah dan Elly suka kot dengan masakan kita (perasan.....). Kalau mereka datang berbuka pada hari cuti kita akan masak lebih special, ni datang time hari bekerja maka payah la sikit nak masak macam-macam.....Akak ko ni sampai rumah jer dah pukul 6 lebih, jadi cuba khabar kat akak ko ni macam mana nak masak macam-macam....

Tahun ni kami tak berpeluang nak berbuka kat rumah adik-beradik sebab masing-masing sebuk. Rindu pulak nak berbuka kat rumah adik-beradik ni......Takpe, tahun depan kena plan betul-betul supaya masing-masing berpeluang untuk jamu adik-beradik berbuka kat rumah mereka. Tahun ni cuma mak dan abah jer pergi berbuka kat rumah anak-anak.....

Gambar tak sempat nak snap sebab akak ko ni rasa nak pengsan dah bila time berbuka tu...hehehe....

Tiada ulasan: