Korang dapat tak? Dapat apa? Haaa...korang dapat tak kad raya? Zaman yang serba canggih dengan kemudahan IT ni kita rasa dah ramai yang malas nak kirimkan kad raya, betul tak?
Lebih senang ucap dalam fb, twitter, e-mail kan? Tak perlu nak abiskan dakwat pen, beli setem, pergi pejabat pos dan segalanyalah......Tapi feel nya lain kalau dapat kad raya ni. Setakat ni kita dah dapat 4 keping kad raya. Kira ok la jugak masih ada yang nak bagi kad raya.
Tapi masa sekolah dulu memang banyak dapat kad raya ni. Kalau dapat melalui pos tu feel dia lagi hebat....Posmen lalu depan rumah berlari-lari tunggu kalau ada kad raya untuk kita.....Indahnya perasaan masa tu....Tambah-tambah dapat kad dari orang yang kita sukeee....hehehe.....ayat dalam kad tu memang tak boleh blah......macam kad cinta la pulak bukannya kad raya......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan