Nuffnang Ads

Jumaat, 5 Ogos 2011

Mengeksenkan diri

Sapa ingat kita janji apa semalam? Kalau kita komen pasal entry 'cobaan pertama' apakah makna semua tu?

Percubaan kita untuk pertama kali tambahan pulak di bulan puasa ni, kita rasa keputusannya tidak mengecewakan.

Mesti korang tertanya-tanya macam mana kita boleh kata ianya berjaya kan? Tak tahu la pulak kalau sebab semalam hari hujan dan masing-masing lapar jadi lauk yang kita masak tu habis dan anak-anak dan Sayang makan bertambah-tambah.

Tak mungkin.......bukan sebab hujan. Sebabnya yang sebenar adalah masakan kita tu memang menepati citarasa anak-anak dan Sayang. Hahahaha.......kita suka sangat dan sebab tu la nak mengeksenkan diri kat korang......

Lupa pulak, mesti korang tertanya-tanya apakah masakan kita yang hebat sangat tu sampai siap buat entry bagai tu kan?

Masakan ni mungkin korang dah biasa buat, sambil pejam mata pun korang boleh masak makanan ni. Tapi tidak bagi kita. Lauk yang kita masak semalam adalah ' Ikan bawal sweet sour' (sambil senyum tersipu-sipu dan tertunduk-tunduk malu).

Harith siap mintak kita masakan lagi lauk tu untuk berbuka hari ni (apakah makna kata-katanya itu?). Bangga tau bila anak-anak dan suami makan berselera dengan masakan kita.......Tak puji pun takpe, yang penting mereka berselera (yer ke?).

Biasanya makan ikan sweet sour ni hanya kat kedai jer. Lepas ni tak payah nak bayar mahal-mahal makan 'sweet sour' ni kat luar, kita sendiri boleh masak......Tak kisah la nak ikan siakap, kerapu ect....kita akan masakkan....(eksen untuk yang keberapa kali ntah).

Rupa masakan kita itu memang la tak menarik, tapi kalau korang cuba.....mmmmmm, terangkat.......hehehehehe

Korang nak tengok ke macam mana ghupanya masakan kita tu? Malu la nak tunjuk.....Korang janji dulu kalau kita tunjuk gambar tu korang jangan gelak okehhhhh....

Taaaaarrraaaaaaaaaaa...............


Kerana terlalu nerbes dengan percubaan pertama, abis semua sos tu kita tuang atas ikan. Tu pasal la tak nampak ghupa ikan. Sayang tengok jer masakan kita tu, dia pun komen pasal sos yang terlebih atas ikan tu.

Takpe, lain kali masakan kita ni akan lagi proper. Nantikannya.......hahhaha (tetiba buat ayat menggediksss).

2 ulasan:

Lynn berkata...

hahahhaha,sory tergelak besar..hahahahha..nape lak banjir pulak ikan tu..

tapi sebenarnya kan..hahahahhaha..lyn pun penah je cam tu..tapi tak ngaku..

Memangla..kalau lynn mula rasa nak riyak ngan abang je..mesti sesuatu berlaku..kuah terlebihlah..bawang terbanyak lah..tapi kalau abang tegur..mula lah nak merajuk..padahal da memang lynn yang salah..ekekkekek

Hilda berkata...

Wahhhhh...gelak besar nampak.....hehehe...

Tu la...kita ni macam sama jer kan, kalau komen sikit mula nak merajuk, tapi itu semua waktu dulu, skrg dah kebal dengar komen dia.

Dah tuang semua sos tu baru teringat yg sos tu boleh tambah kemudian....takpe, lain kali buat betul2 siap ada hiasan lagi...hahaha