Malam tadi kita berbuka kat luar. Dah booking dari minggu lepas lagi. Setakat hari ni dah 2 kali kita berbuka kat luar secara buffet.
Kita memang dah lama nak makan kat Restoran Sri Aden kat Warisan puteri tu, tapi asyik tak kesampaian jer. Ramai orang kata makanan dan suasana kat sana best. Tu yang menggila nak pergi makan kat sana tu.
Buffet kat sana untuk dewasa adalah RM12 dan kanak-kanak 6 tahun ke atas RM6, memang murah. Itu jer pun yang kita mampu. Nak makan kat hotel bayar mahal-mahal memang akak ko ni tak mampu. Lagipun banyak mana la sangat kita boleh makan bila puasa ni. Tak nak la membazir.
Apa yang boleh kita katakan (pandangan kita la) makanan kat sana tak la sehebat mana. Mungkin korang kata bayar murah sebab tu makanannya macam tu.
Sebelum ni kita ada makan secara buffet jugak untuk berbuka puasa iaitu kat restoran nasi briani (tak ingat pulak nama restorant tu), tapi lokasinya kat Jalan Pantai sana berhadapan stesen minyak petronas dan car wash (yang guna mesin tu). Bayaran nya ialah RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.
Kita rasa makan kat sana lagi berbaloi dan banyak pilihan berbanding kat Restoran Sri Aden tu. Apa yang kita tak puas hati kat Restoran Sri Aden tu ialah pihak restoran tu yang sukatkan lauk untuk kita (macam kat rumah kenduri la pulak) dah tu siap sound kat pelanggan supaya ambil lauk seketul jer (contoh ayam). Dah la kurma takde, buah pun takde, keluarkan lauk pun sikit-sikit.
Beratur panjang-panjang, bila tiba giliran kita nak ambik lauk dah abis pulak. Tak sesuai la macam tu. Kalau dah kata nak buat buffet, hidangkanlah semua lauk tu.....
Entahlah....ni adalah luahan hati kita sebab ia diluar gambaran kita.
2 ulasan:
nak tahu kenapa disukat, sabelum berbuka semuanya selera kuat, apabila mula makan dah tak boleh masuk, kerana banyak menu lain yang belum dicuba, perut sudah penuh dengan hidangan nasi, maka banyak pembaziran sahingga mereka lupa bahawa pembaziran itu tidak digalakkan dalam Islam. Ada yang tak dapat kerana 1 orang ambil hingga 3-4 ketul ayam. Ambil untuk anak, anak pun tak habis makan. Konsep bajet buffet ini sangat berbaloi untuk orang yang berpendapatan kecil kerana mereka hargai nikmat hidangan menu yang pelbagai. Mungkin tak sesuai untuk orang yang berada saperti komen negatif yang diberi. Objektif restoran ini dimanipulasikan. Bersyukurlah dapat makan pelbagai hidangan dengan harga yang paling terendah di seremban. Hotel pun kalau makanan sudah habis tidak top-up terus tutup serving dish, tak complaint pun tapi sanggup bayar mahal gila. Disebabkan pembaziranlah maka dengan sopan dan berbudi bahasa pelanggan disedia maklum bahawa banyak hidangan lain untuk dinikmati. Buffet bukan tertumpu pada satu hidangan saja. Namanya Bajet buffet maka orang yang berpendidikan tinggi seharusnya tidak semudah memberi komen yang menjatuhkan. Bayangkan Roti John, cucur udang, char kuey teow, murtabak kuih muih, bubur manis, sup, MasyaALLAH, banyak dan kesemuanya dapat makan berulangkali. Janganlah kerana satu hidangan x dapat sepuasnya beri komen negatif begitu sekali. Nak bandingkan dengan restoran lain pula saya rasa penilaian pun kurang baik.
sy cume agak pelik, mengapa lauk masih habis dan tidak cukup walaupun sudah disukat which means seorang pelanggan xdapat ambil hingga 3-4 ketul.sekiranya pelanggan ambil sendiri mungkin point lauk habis itu logik, ini makin bertentangan.pihak restoran sila jawab
Catat Ulasan