Citer pasal makan lagi.....Hahaha....2-3 entry kebelakangan ni asyik citer pasal makan jer kan? Ini adalah kerana kita sememangnya pencinta makanan (sebab tu badan montel.....hehehe).
Pagi-pagi hari pertama puasa dah citer pasal makanan, tapi kita harap korang tak tergoda tau!
Kali ni kita nak citer pasal Ice Room. Restoran ni kiranya baru jer buka kat Taipan Senawang ni. Dari ari tu nak pergi tapi asyik ada halangan jer. Semalam kita pergi jugak walaupun hari dah lewat petang.
|
Anak-anak kita ceria jer sebab nak makan ais krim. |
|
Tengah menunggu ais krim sampai |
Kami order yang ni :
|
Mango Pomelo Snow Ice |
|
Blueberry Snow Ice (dah makan sikit baru teringat nak snap gambar) |
|
Black Pepper Chicken Chop (lapar sangat, dah nak abis baru teringat nak snap gambar) |
Ok la tempat ni, harga pulak amat berpatutan. Kita suka tempat ni. Boleh pergi lagi lain kali. Apa yang penting owner Ice Room ni adalah orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan