Nuffnang Ads

Jumaat, 26 Ogos 2011

Sangat kecewa dengar berita ni

Tadi baru jer kita kata entry sebelum ni adalah entry terakhir dalam bulan puasa ni. Tapi kita kena jugak buat entry ni.

Sebelum balik tadi kita dapat tahu cerita ni. Kita rasa kecewa sesangat. Kenapalah dalam bulan yang mulia ni dah tu nak penghujung ramadhan dah, ada jugak orang yang bermulut jahat. Tak takut dosa ke? Bukan ke dihujung-hujung puasa ni kita lagi digalakkan melipatgandakan amalan?

Dia baru jer masuk group (kerja) kita, baru sebulan jer tapi macam mana dia boleh buat kesimpulan tentang hati budi, kelakuan dan sebagainya pasal seseorang yang dia baru kenal sebulan tu? Padahal dia pun jarang bercakap dengan kita.

Apa yang telah kita buat sampai dia nak kata benda yang tak baik pasal kita? Kita rasa kecewa sangat kat sorang ni (kita namakan A). Ada ke dia cakap kat B yang kita bising-bising sebab B mintak tolong kat kita masa B nak keluar tengahari tadi. Padahal dia yang cakap lebih masa tu. Dia yang tak puas hati, kata kita pulak.

Apa yang kita kecewa sangat tu dia menambah pulak citer.....Apa masalah dia yang sebenarnya. Selama sebulan ni kita bantu dia mana2 benda yang dia mintak tolong tu (bukan nak mengungkit), tapi ni balasan dia kat kita. Orang macam ni memang tak boleh di buat baik. Buat baik macam mana pun kita akan dipijak-pijak jugak.

Orang macam ni memang tak patut ada dalam organisasi sebab membawa pengaruh negetif dan boleh membuatkan orang bergaduh. Nasib baiklah B tanya kita hal yang sebenar, kalau tak kita tak tahu yang dia memburuk-burukkan kita dan B mesti berprasangka dengan kita.

Dia jeles ke kita baik dengan B? Kalau ye, kenapa dia nak jeles pulak?

Rasanya nak jer kita ajak A dan B bersemuka bersama tanya apa masalah dia yang sebenar. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu sapa yang cakap bohong dan sape yang cakap betul.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah mengetahui yg mana betul dn yg mana salah..semoga perhubungan sbg sahabat dan rakan kerja xterjejas dgn kehadiran si pembawa mulut

Hilda berkata...

Tu la....harap2 boleh buat macam biasa jer....boleh ke setelah apa yang terjadi?

Tanpa Nama berkata...

hati manusia lain2 kak, dpn nmpk baik tp blkg blm tau..hati2 ye lain kali..peace ;p

Hilda berkata...

Betul tu....Norin jumpa lagi ramai orang...lagi macam-macm perangai boleh jumpa....hati-hati jer la...jangan mudah sangat percaya kat orang...kita buat baik,belum tentu dia buat baik jugak kat kita....